Qatar melancarkan Emblem Piala Dunia 2022 di 27 Bandaraya Utama dunia hari ini.

DOHA – Emblem untuk Piala Dunia Qatar 2022 telah dilancarkan di Doha dan di 27 bandaraya utama di seluruh dunia hari ini.

Reka bentuk yang menerima ilham budaya Arab dengan tema utama berdasarkan selendang bulu yang popular di rantau itu pada musim sejuk.

Emblem itu diperkenalkan menerusi projektor gergasi di Leicester Square bandaraya London dan Times Square New York, Buenos Aires Argentina dan Pasar Souq Waqif di Doha.

Qatar menang hak tuan rumah Piala Dunia 2022 menerusi proses undi pada 2010 di FIFA Switzerland.

Qatar mengenepikan pesaing terdekat Amerika Syarikat, Australia, Kore Selatan dan Jepun.- MalaysiaGazette