Penjawat awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanakan arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mahu semua baju kalis peluru milik tentera disiasat secara terperinci.

Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji hairan bagaimana peluru boleh menembusi baju kalis peluru yang dipakai Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya.

“Siasatan mesti dijalankan, macam mana ‘vest’ kalis perlu boleh tembus dan bocor.

“Semua mesti disiasat termasuk semua baju kalis peluru yang ada dalam tentera.

“Saya rasa sesuatu tak kena sebab tembak di badan sepatutnya tak bocor,” katanya dipetik dari laporan Harian Metro hari ini.

Mengenai penggunaan peluru hidup, Mohamed Arshad berkata, ia memang menjadi kelaziman pasukan komando Rejimen 11 Gerak Khas (GGK) ketika latihan atau demonstrasi.

Katanya, ia bertujuan untuk menyediakan anggota pasukan dengan situasi sebenar berperang selain membina kecekalan, keyakinan dan keberanian mereka sebelum memasuki medan peperangan sebenar.

Katanya, tiada situasi yang dibuat-buat apabila komando berlatih tetapi mereka sudah terlatih dan pakar untuk memastikan keselamatan setiap anggota dijaga.

“Akan buat betul-betul, memang nak bunyi tetapi setiap tembakan yang dilepaskan akan dipastikan selamat dan menuju kepada baju kalis peluru yang dipakai, bukan tembak di kepala,” katanya.

Beliau mengulas insiden tertembak membabitkan pegawai GGK, Mejar Mohd Zahir sebelum disahkan meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pagi tadi.

Mangsa adalah anak pelakon popular, A R Badul.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ms buat latihan menembak.
    Perlu kah guna peluru hidup/btoi.?
    Kalau dh belaku mc ni.siapa nk dipersalahkn.

  2. harta benda yang dibeli zaman umno kena chek semuanya. baju bomba pun kena tipu. ini kan pula baju askar. nak simpan duit untok anak cucu sanggup tipu membunuh rakyat.

Comments are closed.