Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjalan keluar selepas mengadakan perjumpaan dengan Wakil daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Johor berikutan pengharaman Persatuan Dong Zong di Kementerian Dalam Negeri, Kompleks D, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 04 SEPTEMBER 2019.

PUTRAJAYA – Selain khabar angin akan berlaku rombakan kabinet, ada pihak juga mendakwa jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bakal digantikan dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ditanya mengenainya, Menteri Dalam Negeri berkata, soalan itu sepatutnya diajukan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Awak (wakil media) patut tanya Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi kementeriannya hari ini.

Sebelum itu, khabar angin mengatakan rombakan pertama dalam kabinet Pakatan Harapan akan berlaku dan portfolio beberapa kementerian akan ditukar.

Selain mengatakan Menteri  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang akan menggantikan Muhyiddin, sebuah portal memetik sumber berkata, Lim Guan Eng juga bakal digugurkan daripada Kementerian Kewangan dan berpindah ke portfolio baharu.-MalaysiaGazette