Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan terlibat dalam kerjasama dengan seorang individu bagi menawarkan perkhidmatan solar di masjid-masjid dan surau-surau seperti yang ditularkan.

Bagaimanapun, TNB menerusi anak syarikatnya GSPARX Sdn Bhd ada menawarkan skim pemasangan solar tanpa modal awalan kepada semua pelanggan komersial dan industri yang layak termasuk masjid dan rumah ibadat.

Skim ini yang dinamakan Solar Energy Purchase (SEP) membolehkan pelanggan menikmati penjimatan bil melalui penjanaan tenaga solar di atas bumbung.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan GSPARX, sila layari www.tnb.com.my/solar, www.gsparx.com atau email ke [email protected].

TNB mempunyai pegangan dalam GSPARX menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Renewables Sdn Bhd.

TNB Renewables pula mempunyai 100% kepentingan dalam GSPARX, kata TNB dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette