Kapal Adrian Darya 1 yang mahu dirampas oleh Amerika Syarikat. foto Reuters

WASHINGTON – Jabatan Negara mengesahkan menawarkan berjuta-juta dolar kepada kapten kapal tangki milik Iran yang kini menjadi pertikaian diplomatik.

Ketua Jabatan Iran Action Group, Brian Hook telah menghantar emel kepada kapten kapal Adrian Daya 1 supaya ia berlayar di lokasi tertentu bagi membolehkan kapal itu dirampas.

Kapal itu sebelum ini disyaki menghantar minyak ke Syria tetapi telah ditahan oleh pihak berkuasa United Kingdom di Gibraltar pada bulan Julai.

Ia telah pun dibebaskan bulan lali selepas Iran memberi jaminan destinasinya.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kemudian cuba untuk menghalang pembebasannya dengan menerbitkan waran bagi menahan kapal tersebut tetapi gagal.

Jumaat lalu, Amerika Syarikat telah menyenaraihitamkan kapal berkenaan.

Tawaran wang tunai itu didedahkan dalam Financial Times pada hari Rabu dan telah disahkan oleh Jabatan Negara.

Jabatan Perbendaharaan mendakwa kapal itu telah digunakan untuk membawa 2.1 juta tong minyak mentah Iran untuk faedah tentera revolusi Iran yang juga diisytiharkan sebagai organisasi pengganas. – MalaysiaGazette