Hererra

MADRID – Seramai 42 tertuduh dihadapkan ke mahkamah termasuk bekas pemain Manchester United, Ander Herrera bagi memulakan perbicaraan melibatkan skandal mengatur perlawanan paling besar di Sepanyol.

Herrera disyaki terlibat dalam skandal mengatur perlawanan pada 2011 yang melibatkan bekas kelabnya Real Zaragoza and Levante.

Jika didapati bersalah, Hererra yang kini beraksi bersama PSG boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga empat tahun.

Ia juga meletakkan karier Herrera berisiko tinggi apabila berhadapan tindakan daripada FIFA jika dia didapati bersalah.

Zaragoza menang 2-1 ke atas Levante pada perlawanan terakhir musim tersebut yang berlangsung pada 21 Mei 2011.

Kemenangan itu membolehkan Zaragoza kekal dalam Liga untuk musim berikutnya.

Satu siasatan dijalankan oleh badan Anti Rasuah Sepanyol yang mengesyaki beberapa pemain dan jurulatih menerima sejumlah wang.

Pemain tengah, Gabi Fernandez, yang kini bermain di Qatar menjaringkan kedua-dua gol penting dalam perawanan itu.

Dia antara yang turut dihadapkan ke mahkamah bersama-sama Herrera.

Pendakwaraya mengesyaki Zaragoza mendepositkan wang sebanyak €965,000 kepada para pemain dan jurulatih pasukan itu.

Wang itu digunakan mereka untuk merasuah pemain Levante untuk kalah pada perlawanan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast