Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucap tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya menewaskan Indonesia 3-2 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

“Tahniah semua pemain. Semangat juang yang tinggi. Tahniah Malaysia,” ucap Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM dan pemilik kelab JDT dalam akaun Twitter milik beliau sebentar tadi.

Kemenangan itu cukup bermakna untuk Malaysia meraih tiga mata sulung dalam aksi pembukaan Kumpulan G, Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemain naturalisasi kelahiran Gambira, Muhamadou Sumareh muncul wira negara selepas berjaya meledak gol kemenangan pada minit ke-97.

Namun perlawanan menjadi tegang apabila terpaksa dihentikan lima minit pada separuh masa kedua selepas penyokong tuan rumah bertindak meluru ke arah penyokong pelawat termasuk membaling botol air dan melontar suar. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ngauman Harimau Malaya tewaskan Garuda