Gambar hiasan

SYDNEY – Saham-saham Asia meningkat pagi ini selepas Wall Street menyaksikan sesi kukuh susulan pengumuman data yang memulihkan semula keyakinan terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Saham di Tokyo, Seoul dan Sydney mengalami keuntungan sederhana dengan Indeks Asia Pasifik MSCI sedang menuju ke arah keuntungan terbesar mingguannya sejak Jun.

S&P500 ditutup satu peratus lebih tinggi apabila kebimbangan terhadap perang perdagangan AS-China menyusut ditambah dengan data pekerjaan swasta yang kukuh serta data sektor perkhidmatan yang lebih baik berbanding jangkaan, sekali gus mengurangkan kerisauan terhadap kemelesetan ekonomi.

Berita mengenai persetujuan pegawai tertinggi China dan AS untuk memulakan rundingan bagi mengakhiri perang perdagangan telah membantu merangsang sentimen.

Selepas pengumuman data ekonomi AS yang kukuh, fokus kini dilihat beralih kepada ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell dan laporan terkini kadar pekerjaan yang dijadualkan diumumkan pada Jumaat ini.

“Walaupun terdapat data ekonomi yang positif tetapi ini menyebabkan Fed lebih sukar untuk menurukan kadar faedah,” kata Pakar Strategi Pasaran Global, Invesco Ltd. Kristina Hooper kepada Bloomberg TV. – Agensi