Derita Sakit Lutut? Jom Cuba PRP

CYBERJAYA – Masalah sakit sendi lutut kini menjadi satu penyakit yang biasa dialami sebilangan besar masyarakat terutama bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Dikenali penyakit radang rawan sendi lutut atau osteoarthritis, ia sering turut menimpa golongan wanita akibat perubahan hormon selain individu yang terlalu aktif bersukan atau aktiviti lasak.

Malah puluhan ringgit perlu dibelanjakan untuk menemui doktor pakar bagi membeli ubat dan makanan tambahan bagi mengubati sakit lutut yang dialami namun semuanya menemui jalan buntu.