Skuad Oranje berjaya menundukkan Jerman 4-2 dalam aksi kumpulan C Pusingan Kelayakan Piala Euro 2020 di Hamburg awal pagi tadi.

HAMBURG – Belanda bangkit daripada ketinggalan dengan menjinakkan Jerman 4-2 pada perlawanan kelayakan Piala Euro 2020 awal pagi tadi.

Dalam aksi di Hamburg, skuad Oranje dikejutkan dengan gol awal pasukan tuan rumah seawal minit ke-9 menerusi Serge Gnabry.

Pada separuh masa kedua bangkit menerusi aksi agresif bagi menyamakan kedudukan menerusi Frankie de Jong pada minit ke-59.

Bagaimanapun terus dirundung malang apabila Jonathan Tah menjaringkan gol sendiri tujuh minit kemudian bagi membolehkan Benlanda mendahului 2-1.

Namun kelebihan itu tidak kekal lama, bintang Real Madrid, Tony Kroos bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-73.

The Oranje tidak berputus asa dan terus melakukan asakan dan usaha tersebut berhasil pada minit ke-79 menerusi pemain gantian, Donyell Malen.

Hasrat Jerman untuk mencari gol penyamaan tidak kesampaian, sebaliknya pasukan lawan terus melebarkan jurang jaringan apabila pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum menumbat gol terakhir perlawanan pada minit ke-91.

Ia merupakan kemenangan pertama Oranje ke atas Jerman di bumi tempat lawan sejak 2002

Dengan kemenangan itu, Belanda menduduki tempat ketiga kumpulan C ,sekali gus menyekat peluang Jerman mengungguli tangga teratas yang dihuni Ireland Utara dengan 12 mata daripada empat perlawanan.- MalaysiaGazette