Status Subash Chandrabose marah Dr. Mahathir kecam orang Melayu dikongsi 244 netizen.

KUALA LUMPUR – Cukup! Jangan kecam abang-abang dan adik-adik saya sebagai pemalas. Siang malam mereka bekerja keras untuk cari nafkah. Sakit hati saya bila mendengar!

Demikian luahan hati seorang netizen, dipercayai tidak berpuas hati dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan rakyat terutama orang Melayu sebagai pemalas.

Sebaliknya, netizen yang menggunakan nama Subash Chandrabose Arumugam Pillai mahu Perdana Menteri membaiki banyak kelemahan yang berlaku dalam barisan Kabinetnya.

Katanya, daripada mengutuk rakyat sendiri, apa kata Dr. Mahathir baiki ekonomi negara yang kini di tahap kritikal disebabkan oleh fitnah parti Pakatan Harapan (PH) sendiri.

“Baiki Jemaah Menteri anda (dahulu). Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) anda menghalau pelabur-pelabur asing.

“Baiki Menteri Pendidikan (Dr. Maszlee Malik) yang membebankan rakyat dengan idea tidak berkenaan dengan sistem Pendidikan negara.

“Baiki Menteri Pelancongan (Datuk Mohamaddin Ketapi) tidak pandai pasal negara sendiri,” katanya menerusi hantaran akaun Facebooknya, semalam.

Semalam, Tun Dr. Mahathir dalam tulisan di blognya menggesa orang Melayu sedar terhadapapa yang berlaku kepada mereka sehingga dibelenggu kemiskinan sekiranya terus malas untuk bekerja.

Subash Chandrabose antara kaum India yang prihatin dan simpati dengan nasib orang Melayu kerana sering dihina oleh pemimpin dari bangsanya sendiri.

Beliau yang menyifatkan orang Melayu adalah saudara maranya turut mengongsikan dua keping gambar yang memaparkan seorang remaja Melayu sedang nikmati mi segera pada waktu rehat, manakala seorang lagi yang kelainan upaya mengambil upah bekerja sebagai penghantar makanan.

Menurut Subash Chandrabose lagi, Perdana Menteri juga perlu membaiki kelemahan Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial (P. Waytha Moorthy) yang mempromosikan perpecahan sesama kaum dan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) yang membawa peluang pekerjaan tidak diingini oleh rakyat.

Beliau turut membidas sikap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang diibaratkan suka mencampuri dalam semua hal kementerian lain.

Katanya, semua menteri di bawah Tun Dr. Mahathir bergaji tinggi, tinggal di rumah mewah, kereta besar dengan anaknya semua mendapat kontrak besar.

“Mana mereka nak kenal keperitan hidup rakyat biasa?

“(Oleh itu), jangan main sentimen perkauman untuk publisiti politik kotor anda. Saya tidak akan diam melihat saudara saya dimalukan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Betul apa yang diperjelaskan. Sudah keterlaluan, melampau, tidak sedar diri….. maklum saja dia adalah India KERALA KUTTY. 94 tahun dan tak lama….. jangan sampai hujung tahun ni. Inn Sya Allah.

Comments are closed.