KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tiba di Masjid Al-Fatih Kem Wardierbun dinihari Khamis lalu, seorang wanita separuh usia antara ahli keluarga yang kelihatan begitu hiba menangisi pemergian wira negara itu.
Malah, dia sememangnya tidak putus-putus menyeka air mata sejak tiba di masjid hinggalah jenazah dibawa masuk ke dalam kenderaan untuk dibawa ke Ipoh, Perak bagi urusan pengkebumian.















