Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mendakwa kempen boikot barangan bukan Islam boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Dalam satu ciapan di Twitter, Lip Eng berkata, kempen yang diterajui oleh badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Kempen boikot yang dicetuskan NGO pro-pembangkang bukan sahaja menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama negara ini, malah turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan,” katanya di Twitter.

Lip Eng sebelum ini terpalit dengan kontroversi menyamakan cadangan pembelajaran seni khat jawi seperti menyapu najis lembu ke muka sendiri di laman Twitternya.

Setelah dikecam hebat oleh netizen, beliau bagaimanapun memohon maaf.

Media sosial sebelum ini heboh dengan kempen memboikot barangan bukan Islam dan menggesa orang Islam dan  Bumiputera memboikot produk yang dihasilkan oleh bukan Bumiputera.

Bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata, tindakan kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam sebagai tidak wajar dan berpendirian sempit berasaskan sentimen perkauman.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, minggu lalu. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Haiyaaa.. Ah Lim aaaa..

    Lu antara org2 yg ajak boikot Gardenia dulu kannn

    Rasakan karma lu balik

    Terus #BMF

    Ko dan geng2 ko berbondong2 boikot tulisan jawi bole plak..

Comments are closed.