Bianca dalam perasaan tejura selepas menang final terbuka AS menundukkan Serena Williams semalam.

NEW YORK – Ratu Tenis Kanada berusia 19 tahun melakar kejutan dalam arena tenis dunia apabila menjulang gelaran Grand Slam pertama kariernya dengan menang Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2019 semalam.

Perempuan remaja Bianca Andreescu mengejutkan pilihan juara kali ini, Serena Williams dalam straight set 6-3 7-5 dalam aksi final di Flushing Meadows.

Ia merupakan grand pertama kariernya selain muncul pemain pertama dalam sejarah Kanada memenangi terbuka AS kali ini.

Malah Bianca juga muncul sebagai remaja pertama menang gelaran Grand Slam selepas dilakukan Maria Sharapova dari Rusia di Wimbledon pada 2004.

Pada temasya sama tahun lalu, Bianca tersingkir di pusingan pertama dan dirangking luar 200 pemain wanita terbaik dunia.

Kini usaha gigih dan progres yang pantas dan luar biasa sepanjang kejohanan tahun ini sehingga melakar kejutan di Terbuka AS semalam menyebabkan peminat dan jaguh tenis mengalih pandangan ke arah remaja berkenaan.

Dengan kejayaan semalam, Bianca kini telah melonjak ke tangga kelima dalam ranking WTA dunia dan membawa pulang hadiah wang tunia 3.13 juta pound.

Bianca yang julung kali dalam kariernya berdepan Williams di atas gelanggang tenis terbesar dunia tidak sedikitpun menunjukkan rasa gementar sebaliknya mengganas dalam setiap pukulannya.

Bianca seolah tidak dapat percaya selepas menang final menjulang Grand Slam Terbuka AS buat julung kali untuk Kanada menewaskan jaguh dunia Serena Williams dalam final dramatik semalam.

Bagi Serena Williams yang tidak menang sebarang gelaran utama sejak kembali ke gelanggang selepas melahirkan anak tahun 2017 lalu menyasarkan gelaran Grand Slam ke-24 menerusi Terbuka AS kali ini.

Namun, aksi licik yang luar biasa Bianca di atas gelanggang benar benar menguji stamina bekas ratu nombor satu dunia berusia 37 tahun itu sebelum akur dengan kehebatannya dalam pertemuan julung kali atas gelanggang.

“Saya tidak mempunyai kata kata untuk meluahkan perasaan saya menang Terbuka AS.

“Lebih-lebih lagi menang ke atas legenda Tenis Serena Williams memberi suatu perasaan teruja yang tidak boleh dilupakan bila bila,” kata Bianca semalam.

Ketika Williams menjulang gelaran terbuka AS julung kali pada 1999, Bianca belum dilahirkan lagi.

Bagi Serena ini merupakan kekalahan final keempat berturut-turut dalam pemburuan Grand Slam utama dalam dunia tenis.

William juga terkejut selain hairan dengan aksi luar biasa Bianca atas gelanggang.

“Bianca mempamerkan aksi luar biasa yang benar-benar menguji stamina dan kebolehan saya sehingga menggagalkan misi gelaran ke-24 kali ini.

“Saya sangat bangga dengan prestasi dan pencapaian Bianca sekaligus memartabatkan gelaran wanita dalam dunia tenis,” tegas Williams.-MalaysiaGazette