Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 409 buah sekolah di sembilan Pejabat Pendidikan Daerah di Sarawak telah ditutup ekoran keadaan kualiti udara yang terjejas teruk akibat jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan terbaharu berkata, itu perkembangan terbaharu setakat 10 pagi hari ini.

Mengikut pecahan, sebanyak 62 sekolah menengah dan sebanyak 347 buah sekolah rendah ditutup sebagai langkah keselamatan dan kesihatan murid murid dan guru serta kakitangan yang bertugas.

Sembilan daerah yang terlibat penutupan operasi sekolah ialah Betong,Bau, Kuching, Lubok Batu, Padawan, Samarahan,Serian, Sri Aman dan Lundu

“Jumlah murid yang terlibat dalam kesemua sembilan daerah tersebut adalah seramai 157, 479 orang,” sebut kenyataan itu.

Daripada sembilan daerah itu Kuching merekodkan penutupan sekolah yang tinggi iaitu 26 sekolah menengah dan 61 sekolah rendah melibatkan seramai 60, 509 pelajar.

Bagaimanapun, peperiksaan Ujian Prestasi Sekoleh Rendah tidak terjejas dan berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast