Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Jumlah keahlian baru Pemuda UMNO meningkat mendadak dalam tempoh sebulan dengan pertambahan sebanyak 1,704 orang ahli.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sehingga ke hari ini berjumlah 476,962 orang, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

“InsyaAllah, dalam mesyuarat Exco kelmarin, kami sepakat untuk menggiatkan lagi kempen dari semasa ke semasa dalam usaha menambah lagi keahlian Pemuda UMNO dan yang juga penting pendaftaran sebagai pengundi baharu,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO menambah sempena Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 13 September ini, kaunter-kaunter pendaftaran ahli dan daftar pemilih sebagai pengundi juga akan dibuka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast