KUALA LUMPUR – Hotel Four Season hari ini memperbetulkan kesilapan yang dilakukan pada jemputan media mengenai program ‘Discover Wondrous Malaysia with Four Seasons’, yang akan dirasmikan Muhammad Bakhtiar Wan Chik selaku Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, minggu depan.

Menurut hotel berkenaan, ia merupakan satu kesilapan yang tidak disengajakan.

“Itu adalah kesilapan tipografi dan kami telah memperbaikinya petang semalam,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Petang semalam, MalaysiaGazette melaporkan bahawa hotel terkemuka itu telah melakukan kesilapan dengan status Muhammad Bakhtiar dengan menggelarkan dirinya sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ia dilihat canggung apabila kementerian itu dikepalai oleh Datuk Mohamaddin Ketapi yang dilantik oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Program itu dijangka dirasmikan Muhammad Bakhtiar, Khamis depan jam 3 petang. -MalaysiaGazette

Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Menteri Pelancongan?