Al-Sultan Abdullah sedang melihat Honda Civic Type R yang dihadiahkan sempena Hari keputeraan baginda di Istana Negara Selasa lalu yang turut dihadiri Pengarah Urusan HOnda Malaysia Toichi Ishiyama.(belakang).

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia telah menghadiahkan kereta Honda model Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam sempena hari keputeraan baginda.

Majlis penyerahan berlangsung di Istana Negara pada Selasa lalu.

Sebagai model yang begitu laris di pasaran Malaysia, Civic Type R dinobatkan sebagai ‘Champion of Champions’ pada 2017 dan sangat sesuai dijadikan kereta pengiring untuk baginda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, Honda komited menawarkan produk yang bernilai tinggi dengan teknologi lebih ke hadapan untuk menyediakan keceriaan bagi pelanggannya.

“Civic Type R yang menerima gelaran kereta ‘World’s Fastest
Front-Wheel-Drive’ trek perlumbaan tersohor di Jerman selepas diperkenalkan pada 2017.

“Model berkenaan bukan sahaja sesuai dipandu atas trek tetapi juga atas jalan biasa.

“Sebagai wakil saya berbangga untuk menghadap dan menghadiahkan Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah untuk kegunaan Baginda sebagai kenderaan pengiring keselamatan,” katanya kenyataan.

Toichi Ishiyama Pengarah Urusan Honda Malaysia telah menyerahkan replika foto Honda Civic  kepada baginda Al-Sultan Abdullah sebagai hadiah sambutan hari keputeraan baginda di Istana Negara.Foto: Honda Malaysia

Kata beliau, pihaknya juga menghadiahkan satu lagi model Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai kenderaan pengiring.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia (kiri) Sarly Adle Sarkum, menerangkan fungsi dan ciri-ciri yang disediakan Civic Type R kepada baginda Al-Sultan Abdullah yang kelihatan teruja merasai interior dalaman kenderaan khas itu dalam majlis penyerahan ringkas di Istana Negara Selasa lalu.Foto:Honda Malaysia.

– MalaysiaGazette