Lim Guan Eng

PETALING JAYA – Lim Guan Eng sekali lagi memberitahu kerajaan tidak akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Malah, Menteri Kewangan itu memaklumkan tidak ada cadangan oleh ahli-ahli ekonomi untuk mengembalikan semula sistem percukaian yang pernah dilaksanakan oleh pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

“Kita telah menghapuskan GST pada bulan Jun tahun lalu dan tidak ada rancangan untuk mengembalikannya,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran 1Pay E-wallet dan platform e-dagangan beli-belah Oneshop.com.my di sini hari ini.

Kerajaan diunjur mengutip sebanyak RM22 bilion daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada tahun ini.

Jika angka itu dicapai, ia adalah separuh daripada RM44 bilion yang dikutip melalui GST pada tahun 2017. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. gst cukai celaka untok rakyat . jangan diimpikan lagi. orang miskin patut dibantu bukan untok dicukaikan . walau pun pas setuju dengan cukai ini kerana sokong umno . ia tetap berlawanan dengan cukai islam .

Comments are closed.