enyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha,

LONDON – Bintang sensasi Crystal Palace, Wilfried Zaha dilaporkan telah memecat ejennya, Will Salthouse.

Menurut The Times, Salthouse merupakan salah seorang daripada ejen di syarikat agensi bola sepak iaitu USM.

Berita itu turut diumumkan oleh pihak Salthouse yang memaklumkan dia tidak lagi menjadi wakil kepada Zaha dalam apa jua urusan.

Pemecatan Salthouse dikaitkan dengan dakwaan dia kecewa kerana ejen tersebut gagal membantunya merealisasikan perpindahannya ke Arsenal.

Zaha sebelum ini dikatakan bertemu dengan pengurusan Palace dengan meluahkan hasrat untuk berpindah.

Zaha, 26, yang sebelum itu memberitahu kelab agar mereka menjualnya hanya ke kelab yang beraksi di Liga Juara-Juara.

Namun Zaha sedia berhijrah ke Arsenal kerana dia adalah peminat The Gunners.

Perpindahan itu akhirnya gagal direalisasikan dan Arsenal kemudiannya mendapatkan Nicolas Pepe dengan harga sekitar £72 juta.

Harga yang diletakkan oleh Palace adalah £100 juta untuk pemain itu.

Arsenal pula menawarkan harga terlalu jauh lebih rendah iaitu sekitar £40 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast