Walaupun permintaan dana daripada kerajaan merupakan perkara yang agak biasa, tetapi apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ternyata luar biasa apabila beliau menerima permohonan peruntukan untuk mengusir hantu.
Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan masa 24 jam untuk menuntut permohonan maaf kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Desakan itu disuarakan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berhubung kenyataan Ismail mengenai dakwaannya bahawa pensijilan halal Malaysia kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

“Saya mahu Ismail Sabri menarik balik penipuannya dan memohon maaf kepada Jakim serta rakyat kerana menghasut kebencian agama menggunakan isu pensijilan halal itu” desak ahli DAP itu di Twitter.

Malah satu laporan polis akan dibuat oleh Lip Eng sekiranya bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu gagal berbuat demikan.

“Sekiranya dalam tempoh 24 jam tiada permintaan maaf daripada beliau, saya akan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu,” katanya lagi.

Ismail pada malam ceramah perdana Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata pensijilan logo halal yang dulunya di bawah Jakim telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Sehari kemudian, JAKIM menafikan kenyataan Ismail Sabri dengan menjelaskan sehingga kini proses pensijilan halal Malaysia masih di bawah tanggungjawab jabatan itu dan pihak berkuasa agama Islam. -MalaysiaGazette