Putera Abdulaziz bin Salman. foto Agensi

RIYADH – Tidak ada keperluan mendesak untuk OPEC mengadakan mesyuarat.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Bin Salman berkata demikian berikutan serangan ke atas loji pemprosesan minyak mentah utamanya.

Sabtu lalu, loji pemprosesan Aramco terbakar selepas dibedil oleh dron dan peluru berpandu.

Pemberontak Houthi mengakui terlibat dalam serangan berkenaan.

Serangan itu menyebabkan separuh daripada pengeluaran minyak Arab Saudi terjejas.

Putera Abdulaziz berkata, purata pengeluaran minyak pada bulan September dan Oktober akan menjadi 9.89 juta tong sehari dan ia akan memastikan komitmen penawaran penuh minyak kepada para pelanggan bulan ini.

Aramco pula telah memaklumkan kepada beberapa loji penapis Asia bahawa ia akan membekalkan jumlah minyak mentah yang diagihkan sepenuhnya pada bulan Oktober, meskipun ada perubahan. -MalaysiaGazette