Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Konvensyen UMNO Sabah hari ini menjadi mercu tanda kepada konvensyen parti peringkat negeri lain.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilihan Sabah sebagai negeri pertama menganjurkan konvensyen merupakan ketetapan dalam perhimpunan agung parti tahun lalu.

“Ia merupakan autonomi UMNO kepada kepimpinan Sabah dan mereka akan komited menghidangkan new deal menentukan termasuk penyatuan ummah dan memberi tawaran baru apabila sampai masanya kelak (pilihan raya umum),” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Konvensyen UMNO Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

Seterusnya, Ahmad Zahid menegaskan, konvensyen yang sama akan memperincikan beberapa susun atur dan gerak kerja bagi dilaksanakan peringkat pusat daerah mengundi dan cawangan parti.- MalaysiaGazette