Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah), Dr. Ahmad Rafee Che Kassim menunjukkan portal eduwebtv. moe.edu.my pada sidang media Khas berkaitan prosedur operasi standart (SOP) penutup sekolah akibat jerebu di Pusat Siswazah HUKM, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 21 SEPTEMBER 2019

BANGI – Peperiksaan Awam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) boleh ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu berterusan dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap berbahaya mencecah 300.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Ahmad Rafee Che Kassim berkata, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) menangani keadaan jerebu ketika peperiksaan, pihaknya mempunyai pekeliling bagi tujuan berkenaan.

Katanya, dalam keadaan semasa SOP kementerian sama seperti penutupan sekolah sekiranya bacaan IPU mencecah tahap tidak sihat 200, maka sekolah itu akan ditutup.

“Sekiranya peperiksaan awam dan berpusat maka ia akan berterusan sehingga tahap IPU mencecah 300 iaitu berbahaya dan itu SOP semasa, maka kita doakan ia tak sampai ke tahap itu.

“Namun begitu sekiranya bacaan IPU mencapai 300 dan ke atas yang membawa mudarat kepada murid maka keutamaannya adalah kesihatan dan keselamatan murid dan kita akan menangguhkan peperiksaan mengikut SOP sedia ada.

“Kalau ada kawasan tertentu yang IPU begitu tinggi yang memaksa kita menangguhkan peperiksaan awam, maka peperiksaan awam itu perlu ditangguhkan seluruh negara oleh kerana ia adalah peperiksaan awam berpusat.

“Misalnya maka kita doakan cuaca bertambah baik supaya kita tak perlu mengubah atau menuangguhkan peperikaan awam, kalau contoh di Sri Aman andai kata keadaan disana masih tinggi maka pusat-pusat peperiksaan di situ perlu ditangguhkan dan oleh kerana peperiksaan berpusat dan awam PT3 di seluruh negara perlu ditangguhkan dan itu antara yang kita akan putuskan kemudian di peringkat kementerian,” katanya dalam sidang media khas taklimat prosedur penutupan sekolah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan ada kemenyerian akan mempertimbangkan untuk menangguhkan peperiksaan PT3 pada akhir bulan ini jika keadaan lebih serius.

Terdahulu dalam sidang media sama beliau menjelaskan penjelasan mengenai kuasa autonomi yang diberikan kementerian kepada sekolah sekolah berdasarkan SOP langkah yang perlu diambil pengurusan sekolah jika fenomena jerebu melanda lokaliti sekolah itu berada yang dianggap kritikal.

Ia ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 1/2018 brtarik 8 Ogos 2018 yang dipengerusikan Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang meluluskan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikuti langkah langkah wajar menjamin kesihatan dan keselamatan guru dan pelajar.

Katanya,SOP itu salah satu autonomi yang diberikan kepada sekolah dalam melaksanakan keputusan mereka mengikut lokaliti masing masing.

Tambahnya, sebagai contoh, KPM merujuk keadaan fenomena jerebu menerusi laporan yang dipaparkan oelh Jabatan Alam Sekitar (JAS) merujuk indeks pencemaran udara dalam talian dan kategori IPU dan apabila indeks menjadi sangat tidak sihat iaitu cecah 200 ke atas.

“Dalam keadaan itu, kita meletakkan SOP di mana sekolah boleh menutup institusi masing-masing dengan mematuhi tatacara yang telah ditetapkan.

“Keputusan itu sebenarnya dibuat di peringkat sekolah bukan diperingkat kementerian jadi kalau dahulunya mungkin kita tunggu pengumuman daripada kementerian sebelum kita buat sesuatu keputusan.

“Dalam keadaan jerebu ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan JAS, sekolah boleh buat keputusan dan memantau dapatan bacaan IPU di laman sesawang atau alam sekitar ini serta mendapatkan pengeshan jawatankuasa bencana daerah apabila keadaan mencecah 200.

“Berdasarkan keadaan itu sekolah boleh menutup premis mereka dan memaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah tanpa perlu menunggu pengesahan kemnterian dan ini yang telah dilaksanakan sekarang,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, apabila keadaan jerebu begitu serius dan ada negeri sudah membuat pengumuman menerusi jawatankuasa bencana negeri masing masing, maka pihak kementerian juga membuat pengumuman yang sama.

Ditanya mengenai dakwaan sebilangan pihak kononnya kuasa kementerian dipintas oleh kerajaan negeri yang mengumumkan penutupan sekolah, Ahmad Rafee bagaimanapun menafikan soal itu.

Katanya, keadaan itu tidak wujud dalam isu jerebu kerana keputusan dibuat jawatankuasa bencana di tempat berkenaan dan ia selaras kerana hasrat akhirnya adalah kebajikan dan keselamatan guru serta murid.

“Namun begitu bidang kuasa sepertimana dalam surat siaran ini adalah bidang kuasa sekolah untuk diumumkan sama ada dia tutup atau tidak sekolahnya, jadi tak melanggar atau tak bercanggah dengan pengumuman lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan untuk melincinkan pengajaran dan pembelajaran guru bersama pelajar di rumah, katanya, kaedah Google Classroom serta Eduwebtv kementerian digunakan untuk guru menghantar latihan dan bahan bacaan rujukan untuk digunakan murid-muridnya.

“Eduwebtv sudah digunakan lama sebelum jerebu lagiyang mana guru akan memuat naik latihan, taksiran dan bahan bacaan murid dan sudah tentunya berbeza berbanding pembelajaran dalam kelas secara berjadual.

“Guru guru boleh guna bahan-bahan latihan, bacaan dan ulangkaji terutama anak anak bakal menduduki PT3 dengan asign tugasan yang perlu dibuat anak-anak dari rumah dan EduwebTV ini tidak diwajibkan.

“Ini kerana ada juga kawasan pedalaman kemungkinan tak sesuai disebabkan akses internet kurang baik. Dalam hal ini guru-guru telah menyediakan modul pembejalaran dan latihan secara tetap untuk dibuat anak anak walaupun tanpa talian internet,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette