Pemain-pemain City berpelukan selepas pasukan mereka menang dalam perlawanan menentang Watford di Etihad awal pagi tadi

LONDON – Manchester City membuat kejuatan apabila menundukkan Watford 8-0, sekali gus mencipta rekod kelab dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Perkara itu dikagumi Pengurus City, Pep Guardiola yang gembira apabila pasukannya tidak mudah berasa selesa selepas mendahului 5-0 hanya selepas 18 minit perlawanan berlangsung di Stadium Etihad semalam.

Kemenangan berkenaan hadir tiga hari selepas pasukan sama mencipta kejayaan 3-0 pada pertengahan minggu dalam Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk.

“Apa yang saya paling suka ialah apabila pada babak pertama ia 5-0, babak kedua agak tidak serius, ia membosankan tetapi kami lebih agresif dan melalui babak kedua yang sangat bagus,” kata Guardiola.

Keputusan Liga Perdana Inggeris:

Burnley 2 – 0 Norwich

Everton 0 – 2 Sheffield United

Leicester 2 – 1 Tottenham

Manchester City 8 – 0 Watford – MalaysiaGazette