Mohd. Radzi. Md. Jidin
Mohd. Radzi. Md. Jidin

KUALA LUMPUR – Apa zaman Najib dulu dia tak jual aset?

Itu soal Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dr. Md. Jidin menjawab dakwaan bekas perdana menteri yang mempertikaikan penjualan aset negara sejak kebelakangan ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga menegaskan, sebarang proses penjualan aset bukan dibuat seperti orang jual rumah.

“Hendak jual kita kena cari masa yang sesuai bukan macam harta pusaka.

“Aapabila sampai masa ada peluang lagi baik, aset dijual dan bila ada tunai kita beli aset-aset lain,” katanya semasa Wacana Isu-Isu Semasa danHarapan Bajet 2020 di Alor Setar, Kedah yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut Radzi, jika sesuatu aset negara disimpan terlalu lama harga pasaran bagi sesuatu industri itu mungkin merudum dan rugi.

Setakat ini, katanya, penjualan aset-aset yang berlaku mendatangkan hasil.

“Jual aset kita kena tengok portfolio atau keseluruhan, tanya Najib dia tak jual ke dulu?” soalnya.

Menurut beliau, penjualan aset memang menjadi kebiasaan kepada Khazanah bagi mendapatkan keuntungan lebih banyak seterus dapat meneruskan operasi.

Hendak pula jika ia melibatkan hutang negara yang terlalu besar dan memerlukan proses panjang untuk menanganinya.

“Apa pun, kita letak Malaysia pada asas yang betul selepas diselesaikan ke landasan betul dan kita akan bergerak ke hadapan,” ujarnya.- MalaysiaGazette