Donnarumma mengejutkan pelawat Juventus dengan gol awal aksi Serie A dalam minit ke-4 awal pagi tadi.

ROM – Juventus berjaya mengungguli carta Serie A menggantikan Inter Milan selepas bangkit menjinakkan pasukan baharu Brescia.

Dalam aksi semalam, tuan rumah mengejutkan pelawat Inter Milan dengan gol awal menerusi Alfredo Donnarumma seawal minit ke-4.

Bagaimanapun kesilapan pemain pertahanan tuan rumah Jhon Chancellor dengan gol ke gawang sendiri membantu juara bertahan Serie A itu mengikat kedudukan 1-1 pada lima minit sebelum separuh masa pertama ditangguh.

Bekas pemain Manchester City Mario Balottelli yang digantung beraksi selepas menjalani penggantungan empat perlawanan mendapat beberapa peluang untuk mengejutkan Juventus bagaimanapun gagal menambah jaringan.

Dia memaksa the Old Lady berusaha keras untuk mencari gol kemenangan menerusi Pjanic pada minit ke-63 yang kini mendahului carta dengan 13 mata menerusi 5 perlawanan setakat ini.

Inter MIlan yang mengungguli carta Serie A sebelum telah turun ke tangga kedua dengan 12 mata.

Inter Milan akan kembali semula ke takhta liga kerana baru menamatkan 4 perlawanan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast