TERKINI : Kabinet Malaysia Batalkan Menyertai UPOV – NGO

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan membatalkan penyertaan Malaysia dalam Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Varieti Baru (UPOV) menjelang tahun 2021.

Wakil NGO itu, Nurfitri Amir Muhammad berkata, ini kerana negara tidak pernah terlibat dalam proses rundingan menentukan teks UPOV yang dirangka khas hanya untuk kepentingan syarikat-syarikat benih di negara maju.

Jelas beliau yang juga Koodinator Forum Kedaulatan Makanan, sistem UPOV itu berbeza dengan sistem, keperluan dan kepentingan pertanian di Malaysia sekaligus menafikan hak-hak petani kecil.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast