Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, di Beijing, China. foto Agensi

BEIJING – China membuka lapangan terbang meganya yang bernilai AS$11 bilion, pada hari Rabu, sehari sebelum menyambut ulang tahun negara ke-70.

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing terletak di Beijing, seluas 700,000 meter persegi atau seluas 98 padang bola.

Ia dibuka oleh Presiden Xi Jinping.

Lapangan terbang sedia ada di Beijing kini merupakan kedua paling sibuk di dunia, di belakang Atlanta, menurut Majlis Lapangan Terbang dan lapangan terbang baharu ini akan mengambil tekanan ke atas kesibukan lapangan terbang Beijing.

Lapangan terbang Daxing yang merupakan terminal bangunan terminal tunggal terbesar dijangka menerima seramai 170 juta penumpang pada tahun 2025.

Sebanyak tujuh syarikat penerbangan domestik dijangka memulakan operasi di lapangan terbang baharu itu pada hari Khamis.

Penerbangan pertama adalah China Southern Airlines.

Lapangan terbang tersebut terletak sekitar 46 kilometer di selatan Tiananmen Square, direka oleh arkitek Zaha Hadid.

Dengan pembukaan lapangan terbang ini, Beijing telah menyertai sekumpulan bandar termasuk New York dan London yang memiliki dua lapangan terbang antarabangsa untuk jarak jauh. – MalaysiaGazette