Pemilik sebuah restoran makanan di negeri Utah, AS mengambil undang-undang di tangan sendiri untuk mengajar perokok yang tidak mengendahkan undang undang larangan merokok dekat premis apabila menyembur gas pemadam api di muka perokok sebagai hukuman mengejutkan orang ramai.

UTAH – Kecewa dengan sikap perokok yang tidak mengendahkan nasihat agar tidak merokok di restoran, pemilik sebuah restoran menyembur gas pemadam api pada muka seorang lelaki.

Insiden mengejut itu mencetuskan rasa tidak puas hati kepada seorang perokok tegar yang panik dengan serangan tersebut.

Pemilik restoran, Alex Jamison bertindak demikian ke atas Jon Bird di luar restorannya di Plaza Rakyat Salt Lake City,Utah pada Jumaat lalu.

Akibat tindakan itu, serbuk semburan telah terkena pada mata dan hidung Jon.

Jon kemudian memuat naik video insiden itu dalam Facebook sambil berkongsi komen berbunyi: Berhati-hati dan perhatikan lelaki ini di Gallivan Center.

“Perlu dapatkan maklumat lanjut mengenainya. dia memalukan saya hingga terpaksa meninggalkan tempat sebelum polis muncul. Sesiapa kenal peguam yang boleh membantu saya

“Saya tidak sangka langsung ia akan terjadi pada saya,” tulis mangsa.

Jon mendakwa dia berada di kawasan itu untuk membantu menganjurkan pesta kesenian dan dimaklumkan oleh pengawal keselamatan tidak ada masalah untuk merokok di kawasan itu.

Namun Jamison bertindak ke atas mangsa sambil mengingatkan undang-undang Utah melarang mana-mana orang awam daripada merokok dalam jarak 25 kaki dari pintu masuk premis perniagaan.

Jamison juga mendakwa Jon duduk begitu dekat dengan tempat duduk restoran miliknya.

Tindakan Jamison itu tidak disenangi oleh seorang jurukamera wanita.

Katanya, pemilik restoran itu sepatutnya menasihati pelanggannya supaya tidak menghisap rokok di kawasan larangan itu sebelum bertindak menyembur gas pemadam api.

Difahamkan Jon telah melantik peguam untuk menyaman Jamison untuk menuntut ganti rugi akibat serangan itu.

Bagaimanapun Jamison masih belum mengemukakan penjelasan bagi pihaknya berhubung insiden itu.

“Saya tidak berbangga dengan tingkah laku saya tadi. Saya seorang pemilik perniagaan kecil yang mahu melindungi pelanggan-pelanggan dan orang lain.

“Saya sebenarnya tidak berniat untuk menyakiti atau mencederakan sesiapa dan sememangnya perlu memohon maaf atas insiden itu,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast