TERKINI : LTTE Polis Siasat Ramasamy – Ketua Polis Negara

Polis akan memanggil semula Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya terlibat dalam gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, walaupun kes yang sama pernah disiasat pada tahun 2013, pihaknya telah membuka kertas siasatan baharu selepas menerima laporan mengenainya.