Sukhoi
Pesawat Sukhoi Su-35

MOSCOW – Rusia dan Turki sedang berbincang mengenai kemungkinan menjual pesawat pejuang, Sukhoi, SU-35 kepada Turki, tetapi adalah terlalu awal untuk memperkata urus niaga itu utuh, lapor agensi berita RIA yang memetik seorang pegawai kanan Rusia.

Turki bertelingkah dengan Amerikata Syarikat (AS) berhubung pembelian sistem peluru berpandu, S-400, buatan Rusia yang mana Washington berkata ia tidak sepadan dengan pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan memberi ancaman kepada pesawat pejuang stealth, F-35, lapor Reuters.

AS juga telah menyingkir Turki daripada program F-35 namun setakat ini Ankara tidak mengendahkan amaran itu. – Agensi