Intan Rahmah Ali

KUALA LUMPUR – Sekolah Methodist Girl School (SMGS) PulauP Pinang telah melanggar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, apabila melakukan cubaan menyampaikan doktrin Kristian kepada ibu bapa, pelajar dan umat Islam.

Tindakan pentadbir sekolah itu disifatkan sebagai sengaja ‘menjentik’ sensitiviti umat Islam di negara ini termasuk melarang pelajar beragama Islam membaca doa di majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2019 baru-baru ini.

Menurut Ketua Penaja Wiranita Putra, Intan Rahmah Ali, sayap parti itu dukacita dengan apa yang berlaku di sekolah berkenaan lebih lagi hanya membenarkan penganut Kristian sahaja boleh membaca doa.

“Kita mengutuk keras perbuatan pentadbir SMGS yang membenarkan perkara ini berlaku. Perbuatan ini melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana cuba menyampaikan doktrin Kristian kepada hadirin yang hadir.

“Kita anggap perbuatan ini disengajakan oleh pentadbir sekolah berkenaan untuk menjentik sensitiviti umat Islam. Mustahil pentadbir dan guru tidak tahu larangan itu,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Sekolah itu mempunyai 68.31 peratus pelajar Islam dan 65 peratus guru beragama Islam.

Intan Rahmah menuntut Pengetua SMGS memberi penjelasan berhubung kejadian itu manakala Kementerian Pendidikan pula perlu menyiasat dan menamatkan perkhidmatan guru terbabit sekiranya mereka dengan sengaja mencetus provokasi antara kaum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast