Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Ringgit rendah berbanding dolar AS semasa urus niaga dibuka hari ini berikutan permintaan lemah terhadap mata wang temptan, menjelang pengeluaran data sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS daripada 4.1850/1890 semasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata penggiat pasaran menjangkakan data pembuatan AS akan kembali mencatatkan pertumbuhan pada September selepas menguncup buat julung kalinya pada Ogos dalam tempoh tiga tahun.

‘’Aktiviti pembuatan AS menguncup disebabkan perang perdagangan AS-China. Bagi September, penggiat pasaran menjangkakan perkembangan positif, dan ini mungkin akan mengurangkan kebimbangan terhadap kesan perang perdagangan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0272/0310 daripada 3.0256/0296 semalam tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.8698/8746 daripada 3.8757/8801.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1404/1457 daripada 5.1496/1562 dan naik berbanding euro kepada 4.5598/5658 daripada 4.5704/5752 sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast