Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Ceramah Umum Bersama Calon PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Padang Koboi Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 30 SEPTEMBER 2018.
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menghadiri Kongres Maruah Melayu Ahad ini.

Perkara itu di diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat sebagai tanda jiwa besar Pas bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, Pas telah menerima jemputan untuk menghadiri kongres tersebut dan mesyuarat bersetuju untuk Presiden Pas hadir.

Semalam Ketua Eksekutif Sekreteriat Kongres Maruah Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling mengesahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput sebagai tetamu kehormat atas kapasiti pemimpin Melayu.

Kongres Maruah Melayu dianjurkan oleh Universiti Malaya (UM) bersama tiga univerisiti tempatan lain iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Kongres itu akan berlangsung di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, Selangor pada Ahad ini, bermula jam 8.00 pagi.

Kongres ini juga mensasarkan sehingga 20,000 peserta dibuka hanya kepada orang Melayu tanpa mengira fahaman politik sama kerajaan mahupun pembangkang. – MalaysiaGazette