Xinhua previously said, 84 people were taken to hospital for treatment following the blast.

SEOUL – A South Korean man in his 20s has been taken into custody on suspicion of beating his stepson to death.

SEOUL – Seorang lelaki Korea Selatan ditahan selepas disyaki memukul anak tirinya yang berusia lima tahun sehingga mati.

Polis Metropolitan Incheon berkata, suspek telah mengikat mangsa dengan wayar kabel dan memukulnya dengan kayu dalam tempoh 20 jam mulai hari Rabu minggu lalu hingga keesokan harinya di kediaman mereka di daerah Muchuhol.

Kira-kira jam 10.20 malam, lelaki itu membuat panggilan kepada perkhidmatan kecemasan apabila mangsa tidak lagi tidak bernafas.

Sebaik sahaja tiba, pasukan kecemasan mendapati kanak-kanak malang itu sudah tidak sedarkan diri, lalu dibawa ke hospital.

Tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Selepas mendapati ada lebam dan bukti serangan terhadap wajah dan anggota badan mangsa, polis menangkap lelaki tersebut.

Lelaki itu memberitahu polis dia marah kerana kanak-kanak itu telah berbohong kepadanya.

“Kami pada mulanya menahan suspek kerana disyaki kematian akibat penderaan kanak-kanak tetapi menukar tuduhan itu kerana semasa siasatan suspek mengakui bahawa keganasan yang dilakukan boleh membawa kepada kematian kepada mangsa, kata polis.

Pada tahun 2017, lelaki itu telah berkahwin dengan ibu mangsa, yang juga mempunyai dua anak lelaki yang lain.

Suspek pernah disiasat oleh polis pada tahun yang sama kerana disyaki melakukan penderaan kanak-kanak.

Isterinya dan anak-anak lelaki lain, berusia 2 dan 4 tahun, juga berada di tempat kejadian ketika keganasan berlaku.

Wanita itu memberitahu polis bahawa suaminya telah mengancam untuk membunuhnya dan dua lagi anak lelaki jika dia memaklumkan kejadian kepada polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast