Salah satu babak permainan yang sempat dirakam semasa perlawanan Manchester United dengan Arsenal di Old Trafford awal pagi tadi

LONDON – Video Bantuan Pengadil (VAR) yang diguna pakai semasa perlawanan menentang Arsenal menghampakan Manchester United memperoleh kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford awal pagi tadi.

Jaringan Pierre-Emerick Aubame disahkan VAR yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Rembatan menarik Scott McTominay meletakkan United di hadapan pada minit ke-45 pada perlawanan yang disifatkan kurang berkualiti pada babak pertama.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak berupaya mengutip tiga mata penuh apabila Aubameyang menyamakan kedudukan sebelum sejam perlawanan berlangsung.

Sekali pun jaringan penyerang antarabangsa Gabon itu pada awalnya dibatalkan kerana offsaid, ia kemudian dibenarkan menerusi penggunaan VAR.

Keputusan seri menyaksikan United ketika ini hanya menang dua daripada 12 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sejak musim lalu dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Liverpool selepas tujuh perlawanan berlangsung musim ini. – MalaysiaGazette