Mike Pompeo. foto Agensi

VATICAN CITY – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mengutuk China berikutan layanan yang diberikan kepada etnik Muslim Uighur, semasa persidangan di Vatican yang mana kedtika iuni negaranya dibayangi krisis politik.

Pompeo mengkritik China ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan mengenai kebebasan beragama di Vatican. Negara lain yang dikritik ialah Cuba, Iran, Pakistan dan Myanmar.

“Apabila negara mempunyai kuasa mutlak, ia menuntut warganya menyembah kerajaan, bukannya tuhan. Ini menyebabkan China telah memasukkan lebih daripada sejuta Muslim Uighur dalam kem tahanan dan memenjarakan pastor Kristian,” katanya.

“Apabila negara mempunyai kuasa mutlak, tuhan menjadi ancaman mutlak kepada pihak berkuasa,” katanya.

China dikutuk kerana mewujudkan kompleks-kompleks di kawasan terpencil Xinjiang yang disifatkan sebagai ‘pusat latihan vokasional’ untuk menghapuskan ekstremis dan memberi kemahiran baharu kepada penduduk.

“Pada hari ini kami perlu bersedia untuk menghadapi peperangan pertahankan maruah manusia dan kebebasan beragama. Pertaruhannya tinggi daripada mereka lakukan semasa Perang Dungin kerana pelbagai ancaman dan lebih kerap,” katanya seperti dipetik Reuters pada persidangan anjuran kedutaan AS di Vatican.

Pompeo dijadual bertemu Pope Francis pagi ini dan kemudian melawat Gereja Sistine dan muzium Vatican.

Lawatannya itu, termasuk melawat kediaman keturunannya di wilayah Abruzzo, timur laut Rom dan singgah diĀ  Montenegro, utara Macedonia dan Greece ketika Presiden Donald Trump dibayangi siasatan pemecatan.

Anggota parti Demokrat menuduh Trump melakukan gangguan untuk pilihan raya AS pada 2020 bagi kepentinga pilitiknya.

Panggilan telefon Trump kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy pada 25 Julai lalu mendedahkan presiden itu meminta tsiasatan dilakukan ke atas calon presiden dari parti Demokrat, Joe Biden dan anak lelakinya, Hunter dan ia dikoordinasi Peguam Negara, William BarrĀ  dan peguam, Rudy Giuliani.

Anak lelaki Biden merupakan pengarah syarikat gas Ukraine.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan AS, Eliot Engel dan dua pengerusi jawatankuasa Demokrat menuduh Pompeo ‘mengganggu’ siasatan pemecatan itu dan menggelarnya ‘saksi fakta’ dalam siasatan tersebut, berdasarkan laporan media bahawa beliau mendengar perbualan Trump dan Zelenskiy.

Pompeo tidak mengulas laporan Wall Street Journal yang menyatakan beliau mengambil bahagian dalam penggilan telefon itu.Pada Selasa lalu, beliau menolak langkah Dewan Perwakilan AS untuk mendapatkan testimoni lima bekas pegawai Jabatan Negara sebagai sebahagian daripada siasatan pemecatan itu. – Agensi