Jualan kereta Toyota bagi pasaran Korea Selatan terjejas pada bulan September 2019.

SEOUL – Jualan kereta Jepun di Korea Selatan jatuh lagi bulan lalu ekoran pertikaian perdagangan antara dua negara masih ‘panas’.

Jualan Toyota susut 62% pada bulan September berbanding tahun sebelumnya.

Nissan dan Honda juga menyaksikan penyusutan jualan.

Penurunan itu berlaku ketika keseluruhan jualan kereta asing di Korea Selatan meningkat bulan lalu.

Persatuan Pengedar dan Pengimport Automobil Korea berkata, jualan kenderaan import meningkat 17 peratus pada bulan lalu.

Pertikaian diplomatik yang berlarutan dalam perdagangan antara dua negara itu menyebabkan beberapa barangan Jepun diboikot.

Pertikaian itu meletus pada bulan Julai apabila Jepun mengetatkan kawalan ke atas eksport Korea Selatan, menyasarkan bahan yang digunakan dalam cip memori dan skrin paparan yang menjejakan syarikat tempatan seperti Samsung.

“Kami percaya penurunan jualan baru-baru ini disebabkan hubungan Jepun-Korea,” kata jurucakap Toyota. – MalaysiaGazette