KUALA LUMPUR – Suami pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal memaklumkan keadaan anak mereka semakin baik selepas kritikal akibat berlaku pendarahan dalam paru-parunya.

Menerusi Instagram, Faizal memberitahu pendarahan pada paru-paru anaknya juga sudah tiada dan ada peningkatan positif.

Malah menerusi Insta Story, Abby memberitahu kesihatannya kini juga bertambah stabil.

Menerusi perkongsian tersebut, suami Abby turut mengumumkan nama anak mereka yang sebelum ini digelar baby D iaitu Muhammad Danial Firman Faizal.

Sementara itu, suami Abby turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan anak mereka dan dipermudahkan segala urusan mereka.

Sehingga harini, bayi pasangan itu masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan. – MalaysiaGazette