Aksi Milner (tengah) selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti dan membawa kemenangan 2-1 dalam perlawanan menentang Leicester City pada saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi.

LONDON – Pemain pertahanan Liverpool, James Milner tidak mensia-siakan penalti di minit terakhir apabila menyempurnakan sepakan kemas ke pintu gol Leicester City untuk menang menang 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Ia merupakan kemenangan kelapan bagi Liverpool, sekali gus melebarkan kelebihan lapan mata di depan pencabar terdekat, Manchester City yang akan beraksi malam ini.

Berbeza dengan nasib Tottenham Hotspur yang ditewaskan dalam final Liga Juara-Juara musim lalu apabila anak buah Mauricio Pochettino dikalahkan 0-3 Brighton & Hove Albion.

Aston Villa pula mengejutkan Norwich City 5-1, Burnley mengatasi Everton 1-0 manakala Crystal Palace menang 2-1 ke atas West Ham United.

Liverpool tampak bersemangat mendahului lawannya apabila Sadio Mane memecah kebuntuan dengan jaringan ke-50 bersama Liverpool apabila menyempurnakan umpanan dari Milner pada minit ke-40.

Namun Leicester kekal sebagai ancaman dan hampir mencuri satu mata apabila James Maddison menyamakan kedudukan 10 minit sebelum wisel penamat, sebelum Mark Albrighton mengasari Mane untuk Milner meledak penalti di minit akhir perlawanan.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut dicemari insiden kekecohan membabitkan beberapa pemain kedua-dua pasukan.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memuji perjuangan anak buahnya dengan berkata: “Kami tidak kalut dengan situasi sekarang yang ramai memperkatakan kehebatan kami memenangi perlawanan.

“Kami masih berjuang dan lihatlah pemain yang beraksi tadi, mereka bermain seperti tidak penah memenangi perlawanan, saya suka melihat mereka begitu,” ujarnya.

Klopp turut mengakui kejayaan berterusan Liverpool itu merupakan hasil pendekatan memenangi perlawanan satu persatu tanpa bimbang mengenai kesudahan sesuatu perlawanan seperti yang dipamerkan pasukan kendaliannya malam tadi. – MalaysiaGazette

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Brighton 3 – 0 Tottenham

Burnley 1 – 0 Everton

Norwich 1 – 5 Aston Villa

Watford 0 – 0 Sheffield United

Liverpool 2 – 1 Leicester

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast