Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua kanan), Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (tiga kiri) dan barisan-barisan pemimpin bergambar pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 06 OKTOBER 2019

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan mempertahankan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang hadir melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan kemudian menyampaikan ucaptama di Kongres Maruah Melayu.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata,  sebagai seorang perdana menteri adalah penting bagi Tun Dr Mahathir Mohamad berjumpa dengan pelbagai kumpulan yang mempunyai kehendak  berbeza.

“Tun Mahathir hadir dalam Kongress Hakka yang akan diadakan, juga akan mempunyai resolusi dan permintaan mereka tersendiri. Beliau telah hadiri banyak kongres,” katanya kepada pemberita selesai kongres yang diadakan di Stadium Malawati hari ini.

Syed Saddiq menjawab dakwaan pihak tertentu yang menyifatkan kedua-dua program itu bercanggah.

Kongres Maruah Melayu memanfaat orang Melayu manakala WKB mengenai ekonomi negara yang membabitkan pelbagai lapisan masyarakat ,

“Kalau kita lihat balik Shared Prosperity , lihat perkataan shared sahaja itu bukan sahaja tentang ‘equality‘  tetapi ‘equitable’  di seluruh dunia

“Kalau kamu semalam dengar ucapan Tun dan Datuk Seri Azmin (Mohamed Azmin Ali) ia tentang mendekatkan jurang pendapatan di kalangan pelbagai kumpulan di antara wilayah, negeri, bangsa juga di kalangan kaum. Ini adalah yang perlu kita lihat secara serius,” tambah Syed.

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) merupakan hala tuju ekonomi negara bagi tempoh 10 tahun bermula 2021-2030.- MalaysiaGazette