TAIPEI – Kerajaan Taiwan sedang merancang polisi pemasaran untuk mempromosi dan meningkatkan jualan bubble milk tea di peringkat antarabangsa.
Rancangan itu didorong oleh pertumbuhan kukuh pendapatan dalam sejarah eksportnya dengan keuntungan melonjak 10 kali ganda.
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) menjangkakan perniagaan bubble milk tea akan meraih pendapatan lebih daripada AS$1 bilion pada tahun ini.
Bubble milk tea dari Taiwan kini menjadi semakin popular di seluruh dunia khususnya di Jepun.
Ketua Setiausaha Thailand, Ye Ming-shui berkata, Jepun telah mengimport bebola ubi kayu dari Taiwan bernilai AS$ 26.79 juta, naik 10 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Jepun kini merupakan pasaran terbesar Taiwan untuk bebola itu, diikuti Amerika Syarikat.
Sementara itu, pengarah projek TAITRA, Wu Chun-ze berkata, nisbah nilai pasaran ubi kayu akan meningkat 7 hingga 10 kali tahun ini.
“Eksport ini, yang pada masa ini bernilai AS$ 100 juta, berpotensi untuk meningkat kepada AS$1 bilion pada masa akan datang,” kata pengarah itu. – MalaysiaGazette