LONDON – Selepas kehilangan ramai pemain utama akibat kecederaan, Manchester United kini dilihat terlalu mengharapkan sentuhan pelapis muda seperti Mason Greenwood, Tahit Chong dan Andre Gomes.
Pemain dari akademi ini diketengahkan hasil persetujuan antara kakitangan kejurulatihan skuad belia, skuad senior dan pengurusan United.
Namun menurut BBC, pemain muda ini kurang didedahkan kepada pengalaman beraksi di kelab lain terlebih dahulu sebelum mendapat tempat dalam skuad utama.
“Jika dibandingkan dengan pemain dari skuad belia United dengan pemain muda dari Chelsea seperti Tammy Abraham, Mason Mount dan Fikayo Tomori, mereka telah beraksi cemerlang untuk Chelsea musim ini.
“Ini kerana mereka dihantar beraksi secara pinjaman ke beberapa kelab sebelum ini,” jelas laporan BBC itu.
Agensi itu menambah, keadaan bertambah buruk apabila perancangan awal pengurus, Ole Gunnar Solskjaer untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sembilan pemain baru tidak berjaya.
Musim ini, United hanya berjaya membawa masuk tiga pemain baharu dan melepaskan beberapa pemain ternama.
“Sesetengah staf kejurulatihan berpendapat United perlu mengekalkan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez.
“Ini kerana mereka beranggapan sukar untuk United menarik pemain terbaik menyertai mereka,” kata BBC. – MalaysiaGaze