Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalaman dengan penunggang-penunggang Food Panda pada Program Sesi Dialog bersama Food Panda di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 01 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Kenyataan Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das “kalau kamu tak mahu kerja, kami okay” disifatkan sebagai angkuh oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam ciapan di laman Twitter malam tadi, Syed Saddiq berkata, sebagai korporat mereka dibangunkan oleh pekerja dan pengguna.

“Sebagai #Yangberkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna.

“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna,” katanya merujuk kepada laporan media tentang penjelasan sistem pembayaran kepada penghantar Foodpanda oleh Syantan Das semalam.

Pengarah Urusan itu dalam sidang medianya semalam berkata, para penghantar Foodpanda boleh mencuba dahulu sistem pembayaran baharu dan sekiranya mereka mahu kekal mereka boleh kekal.

“Jika mereka tidak mahu, mungkin mereka boleh meneroka peluang pekerjaan yang lain,” katanya sambil membayangkan pihaknya tidak memaksa para penghantar untuk terus berkhidmat di syarikat tersebut.

Isu sistem pembayaran para penghantar Foodpanda menarik perhatian Syed Saddiq yang kemudiannya mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu di kediamannya baru-baru ini.

Beliau juga membentangkan masalah tersebut dalam mesyuarat Jemaah Menteri. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Cuba dulu sistem pembayaran baharu sebelum buat keputusan – Foodpanda

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.