UALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming hadir ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan berhubung isu Facebook Nga Kor Ming Super Fans Page menghina Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang tersebar sejak 29 September lalu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu tiba di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan menaiki kereta rasmi perdana beliau yang terteranya Timbalan Yang Dipertua dengan jata Malaysia pukul 1.25 tengahari tadi.