Bastian Schweinsteiger

DORTMUND, JERMAN – Pemain tengah, Bastian Schweinsteiger akhirnya mengumumkan persaraannya selepas bergelumang dalam dunia bola sepak sejak tahun 1990.

“Akhirnya waktu sudah tiba dan saya akan menamatkan karier aktif pada penghujung musim ini.

“Mengucapkan selamat tinggal membuatkan saya rasa sedikit nostalgia namun saya juga tidak sabar melihat cabaran menarik yang menanti,” kata Schweinsteiger di laman Twitter.

Pemain berusia 35 tahun yang juga bekas pemain Bayern Munich dan Manchester United itu menggantung but ketika pasukannya Chicago Fire gagal ke play-offs MLS.

Sebaik pengumumannya di media sosial oleh Schweinsteiger, jurulatih kebangsaan Jerman Joachim Loew berkata, pemain tengah itu boleh menyertai staf kejurulatihannya.

Dia menghabiskan selama 17 musim di Bayern, bermain dalam 500 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan 68 gol.

Sepanjang tempoh itu, dia meraih lapan gelaran Bundesliga, tujuh DFB-Pokal, Liga Juara-Juara UEFA, Piala Dunia FIFA dan Piala Super UEFA.

Schweinsteiger menyertai Manchester United pada 2015 dan bersama skuad itu selama 18 bulan sebelum berpindah ke Chicago Fire.

Dia juga bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman dari 2004 hingga 2016. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast