P. Ramasamy

KUALA LUMPUR – Penahanan dua wakil rakyat DAP dan lima yang lain kerana didakwa ada ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)  tidak masuk akal, kata empat pemimpin India Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka adalah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof P. Ramasamy; ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy; Exco Selangor, V. Ganabatirau; dan Exco Johor S. Ramakrishnan.

Menurut mereka, gerakan pemisah Tamil itu telah berkubur ketika perang saudara 2009 di mana kebanyakan pemimpinnya telah dibunuh atau dipenjara.

Kata mereka lagi, simpati penduduk etnik Tamil di Malaysia terhadap mangsa-mangsa yang terkorban semasa kemuncak perang saudara di Sri Lanka sama seperti umat Islam di negara ini yang bersimpati terhadap penduduk Palestin dan Rohingya.

“Semasa perang saudara di Sri Lanka, ratusan malah ribuan etnik Tamil yang tidak berdosa telah cedera dan dibunuh. Kaum wanita juga diperkosa dan didera secara seksual.

“Adalah sesuatu yang semulajadi bagi masyarakat Tamil untuk berasa simpati dan mengambil berat apa yang terjadi kepada etnik tersebut di Sri Lanka,” kata mereka.

ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren dan ADUN Gadek yang juga ahli Exco Negeri Melaka, G. Saminathan

Menurut empat pemimpin itu, telah menjadi kebiasaan bagi pertubuhan bukan kerajan Tamil untuk mengadakan majlis memperingati mereka yang terkorban dalam perang saudara tersebut di mana mereka akan menyanyi dan berdoa.

Sehubungan dengan itu, kata mereka, adalah tidak masuk akal mengapa kedua-dua wakil rakyat dan lima yang lain ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)

SOSMA, menurut mereka, sepatutnya dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Harapan tetapi penyalahgunaan akta tersebut berterusan.

Katanya, adalah tidak bertanggungjawab untuk menahan dan mendakwa mereka sedangkan tidak wuud sebarang kaitan dengan LTTE.

“Cakap-cakap mengenai kemunculan semula LTTE tidak boleh diterima akal dalam konteks Malaysia.

“Kami menggesa kerajaan membebaskan mereka segera tanpa sebarang syarat. Penahanan tersebut menyanggah keadilan dan tidak boleh dihalalkan di bawah kerajaan Pakatan Harapan,’ kata mereka.

Dua wakil rakyat DAP  iaitu exco negeri Melaka yang merupakan ADUN Gadek, G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaranitu antara tujuh suspek ditahan hari ini kerana disyaki terlibat aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak dan mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Kedua-duannya  ditahan dalam operasi serentak di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kedah antara pukul 9 pagi hingga 2 petang

Artikel berkaitan

DAP percaya dua wakil rakyatnya tidak bersalah – Lim Guan Eng

 

2 Komen

  1. Dap harus membiar kan polis jln tugas mereka , bukankah ph mendokong reform institusi negara dan kebibasan dlm menjlnkan tugas masing2

Comments are closed.