Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan disokong oleh asas yang kukuh meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global.’

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka berkembang 4.7% pada tahun ini dan dijanga kukuh dengan pertumbuhan 4.8% pada tahun 2020 didorong oleh permintaan domestik.

Perbelanjaan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dengan penggunaan swasta meningkat 6.9% dan pelaburan swasta berkembang 2.1% pada tahun 2020.

Manakala sektor awam dijangka kembali pulih berikutan peningkatan pelaburan, menurut Tinjauan Ekonomi 2020.

Dari sudut penawaran, pertumbuhan dijangka lebih menyeluruh dengan semua sektor mencatat pertumbuhan positif.

Meskipun ekonomi dijangka berkembang, namun ketidaktentuan luaran boleh menjejaskan prospek pertumbuhan, justeru kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah meminimumkan risiko dan memacu ekonomi dengan meningkatkan peluang ekonomi, memperkukuh modal insan, memastikan inklusiviti serta menambah baik institusi dan kewangan awam.

Inisiatif strategik ini akan meletakkan asas bagi mencapai objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, seterusnya membolehkan Malaysia muncul semula sebagai Harimau Asia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast