Murid, Nur Aina Sofea Mohd Najib, 12, melakukan kemahiran tulisan khat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Rendah Agama Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 06 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA sedia ada dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, selain itu bantuan khas secara one-off (bayaran sekaligus) sebanyak RM500 kepada setiap Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir.

Tambahnya, kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan. – MalaysiaGazette